Bibliografi Tom Clancy

The Hunt for Red October (1984), Patriot Games (1987), Clear and Present Danger (1989) dan The Sum of All Fears (1991) telah diadaptasikan ke bentuk filem yang berjaya dari segi komersil melalui lakonan artis berkaliber seperti Alec Baldwin, Ben Affleck, dan Harrison Ford berlakon sebagai Jack Ryan, watak cereka Clancy yang paling terkenal, manakala watak cerekanya yang kedua termasyhur, John Clark, telah dilakon oleh pelakon-pelakon Willem Dafoe dan Liev Schreiber.

Dengan penerbitan Gigi Harimau, Clancy memperkenalkan anak lelaki serta dua orang anak saudara lelaki Jack Ryan sebagai watak-watak utama. Beliau kelihatan telah membersarakan Jack Ryan sebagai watak utama. Banyak peminat telah menyatakan kekecewaan mereka terhadap karya-karya cereka Clancy yang baru-baru ini dan jualan bukunya telah membayangkan arah aliran pembaca yang beransur-ansur meninggalkan buku Clancy.

Clancy telah menulis banyak buku ilmiah tentang berbagai-bagai cabang Tentera Amerika Syarikat (sila lihat senarai buku ilmiah di bawah). Clancy juga menjenamakan dengan nama sendiri banyak barisan buku yang ditulis oleh penulis-penulis yang lain. Sungguhpun ditulis oleh penulis-penulis yang lain, jalan cerita umumnya adalah selaras dengan karya-karya Clancy:

Buku-buku tersebut kekadang dirujuk oleh peminat buku Tom Clancy sebagai buku "koma terbalik". Pada mula-mulanya, Clancy tidak mengaku bahawa siri-siri buku itu ditulis oleh penulis-penulis yang lain, dan hanya merakamkan terima kasih kepada penulis sebenar dalam pengenalan pengarang kerana "sumbangan yang bernilai kepada manuskrip".

Pada tahun 1997, Tom Clancy memeretai sebuah urus niaga buku dengan Penguin Putnam Inc. (sebahagian daripada syarikat Pendidikan Pearson) yang membayarnya AS$50 juta untuk hak cipta sejagat bahasa Inggeris untuk dua buah buku yang baru. Beliau kemudian mengikat perjanjian kedua yang bernilai AS$25 juta untuk sebuah urus niaga buku/multimedia empat tahun. Clancy menggunakan kesempatan yang diberikan oleh penyiaran mini-siri televisyen, Pasukan Rangkaian Tom Clancy, pada musim luruh/sejuk 1998 untuk mengikat sebuah perjanjian dengan Syarikat Buku Berkley bagi 24 buah buku kulit lembut. Alam sejagat Pusat Operasi telah menyediakan asas untuk siri buku yang ditulis oleh Jeff Rovin, suatu perjanjian yang bernilai AS$22 juta. Pada keseluruhannya, jumlah nilai pakej ialah AS$97 juta.

Kesemua novel Clancy, kecuali dua buah, menonjolkan Jack Ryan dan/atau John Clark.